Apa lagi yang saya boleh diungkapkan di sini, selain ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang memberikan sambutan interaktif melalui laman blog keluarga kita. Masing-masing memberikan maklumbalas yang bukan sedikit, sehinggakan betapa meriahnya laman kita ini. Kalaulah kita bina laman ini lama sebelum ini, tentunya akan lebih meriah lagi. Betul kata Norhaslilawani, “better late than never..” but when we start, it wil never end…
Petikan ilmu yang disumbangkan oleh Nor juga telah diangkat ke dalam blog kita tu, kepada sesiapa sahaja, yang ada bahan untuk dikongsi bersama, jangan menjadi suatu halangan untuk email kepada blogmaster atau saya, kemudian kita akan upload ke laman blog kita. Pastinya, laman blog kita ini turut dilayari oleh lain-lain pengunjung seluruh alam maya.
Saya juga memohon kepada semua untuk turut sudi mengirimkan foto keluarga dalam apa juga situasi untuk menjadi tatapan kita bersama. Nak berjumpa, mungkin lambat lagi, bertemu di alam maya ini, sudah memadai.
Dalam waktu terdekat ini, sebagaimana yang diwar-warkan terdahulu, saya bercadang untuk mengajak ketua-ketua/wakil keluarga atau sesiapa yang berkesempatan, untuk sama-sama berkumpul dan membincangkan agenda utama kita, PERJUMPAAN KELUARGA HJ HUSSIN/SARAH.
Di awal perbincangan antara saya dengan Norhaslilwwani, persetujuan telah diberi untuk mengadakan pertemuan di rumahnya di Kg Labu Lanjut, Sepang pada minggu kedua Julai ini. Kita berkumpul di sana dan bolehlah sama-sama kita bertahlil untuk Almarhum Ayahanda Hj Kasim. Insya-Allah, maklumat selanjutnya akan diberi dalam asa terdekat.
Kepada semua kekanda-kekanda dan adinda-adinda semua yang dikasihi,
Saya memerlukan beberapa maklumat untuk melengkapkan lagi dokumentasi keluarga kita ini. Jika terdapat ada di antara kita yang mengetahui maklumat berkaitan KELUARGA WAK AMAT SG KANDIS, KELUARGA ABANG JARI SEMENTA, sila maklumkan kepada saya atau blogmaster supaya kita sama-sama boleh menghubungi mereka.
Hingga jumpa di lain tulisan, teruskanlah kita berinteraktif.
KELUARGAKU, KESAYANGANKU.
NOR ADABI BIN ROSDI,
noradabirosdi@gmail.com
Isnin, 29 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Abg Bi & K. Long,
BalasPadamSaya fikir elok kalau diberikan tarikh & masa yg dicadangkan pada minggu kedua Julai tu. Bolehlah diuar2kan di sini & dimaklumkan melalui sms. Utk keluarga saya, saya boleh tolong maklumkan, insyaallah.
Ajah.
ok.. terima kasih atas cadangan
BalasPadam