Sabtu, 25 Julai 2009

UCAPAN TERIMA KASIH DARI KELUARGA ALMARHUM HJ KASIM BIN HJ HUSSIN, SEPANG.

Saya bagi pihak keluarga di Sepang, amat terharu atas kedatangan para sepupu saya di pihak arwah abah saya. Sekiranya arwah masih hidup, beliau pasti gembira, sebab dari dulu lagi dia dah menginginkan perkara sebegini terjadi dan berterusan. Bak kata pepatah jawa `BETTER LATE THAN NEVER’.


Kepada yang tidak dapat hadir kali ini, InsyaAllah di lain masa, ketika pasti akan bersua jua. Oleh itu, sekiranya terdapat kekurangan, kesulitan dan segala `ke’ yang terbabit, saya dan keluarga saya, menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon maaf. Segala kesempurnaan dan yang baik hanya dari Allah jua dan segala ketidaksempurnaan dan kekurangan adalah dari kami.

Ikhlas dari
NORHASLILAWANI KASIM dan SELURUH AHLI KELUARGA

ZIARAH WARIS YANG UZUR

BULAN RAMADHAN AL-MUBARAQ akan kita tempuhi tidak lama lagi. Masing-masing telah bersedia bukan dengan persediaan zahirnya, tapi dengan kekuatan rohaniah. Semoga Ramadhan yang kita tunggu-tunggu akan menjadikan kita insan yang kuat.

Dengan masa terluang ini, apakata kalau kita sama-sama menziarahi waris yang uzur. Kita masih ada Ayahanda Hj Samsuri di Gedangsa, Ayahanda Hj Husnin di Sungai Pinang, Bonda Hajah Menah (Wak Menah) di Sungai Kandis (sekadar menyebut beberapa nama). Kalau boleh, sebelum bermulanya Ramadhan, kita nak menziarah semua waris kita yang uzur.

Untuk tujuan Progrem Ziarah ini, saya memerlukan maklum-balas dari sanak-saudara semua. Jika melalui e-mail pun ok juga, kalau tak pun, respon sms pun tidak menjadi masalah.

Salamhormat dari saya,

Nor Adabi bin Rosdi,

noradabirosdi@gmail.com

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH

Bagi pihak seluruh sanak-saudara, saya mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih diatas kesediaan Norhaslilawani dan Saidi (suami) serta anak-anak menjadi tuan rumah Majlis Perbincangan Hari Keluarga 2009. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Bonda Hajah Asiah dan keluarga di Kg Labu Lanjut yang menerima kami seadanya. Insya-Allah, keluarga Haji Hussin-Sarah akan terus erat sepanjang hayat.

Keluargaku, kesanganku.

Nor Adabi bin Rosdi,

noradabirosdi@gmail.com

Isnin, 13 Julai 2009

Perbincangan Pertama 12 Julai 2009


Tuan Haji Ishak Abdullah
Bendahari Kehormat


En Nor Adabi Rosdi
Pengerusi













Perbincangan Hari Keluarga

Dari Catatan Pengerusi,
Dibawah ini dicatatkan beberapa perkara untuk maklumat sanak-saudara. Teruskanlah berinteraktif dan sama-sama kita meriahkan Laman Blog kita ini.

PERBINCANGAN HARI KELUARGA HAJI HUSSIN SARAH

Bertempat dirumah Norhaslilawani bt Hj Kasim, No 81 Kg Baru Labu Lanjut, Sepang, majlis perbincangan untuk mengadakan Hari Keluarga Haji Hussin Sarah telah berjaya dilaksanakan. Generasi Pertama yang hadir, antaranya Ayahanda Hj Md Nor Ishak, Bonda Hajah Salmah Hj Hussin dan Bonda Hajah Asiah. Wakil-wakil dari generasi kedua juga turut bersama dalam perbincangan tersebut. Walaupun ada keluarga yang tidak dapat hadir, Insya-Allah pihak Jawatakuasa Kebajikan Keluarga Haji Hussin-Sarah akan menghubungi mereka dengan secepat mungkin. Harapan semua yang hadir, supaya hubungan silaturrahim akan terus erat berkekalan keakhir hayat.

Ayahanda Tuan Hj Md Nor Ishak dalam ucapan nasihatnya mengharapkan supaya Jawatankuasan Kebajikan Keluarga Haji Hussin-Sarah akan terus aktif. Hadirin bersetuju sebulat-suara supaya Ayahanda Hj Md Nor Ishak terus menjadi Bendahari. Majlis juga bersetuju agar Pengerusi (Nor Adabi bin Rosdi) untuk JKKHSS ini mempengerusikan perjalanan aktiviti. Manakala Zulkifli bin Rusdi akan memainkan peranan sebagai Setiausaha. Semua wakil-wakil keluarga akan menjadi ahlijawatankuasa.

JKKHSS akan meneruskan usaha yang dijalankan oleh Almarhum Tuan Hj Kasim bin Hj Hussin supaya khairat kematian dan kebajikan diaktifkan. Pihak Jawatankuasa akan melaksanakan usaha yang baik itu.

HARI KELUARGA 2009 DI SEPANG

Untuk Majlis Hari Keluarga, majlis bersetuju supaya sambutan yang pertama kali diadakan pada 2003, diadakan pada tahun 2009. Tarikh untuk dijalankan masih belum ditetapkan. Pihak JK akan memikirkannya tarikh yang sesuai supaya penyertaannya akan lebih menyeluruh.

Majlis mesyuarat juga bersetuju supaya sambutan hari keluarga akan diadakan di Kampung Labu Lanjut, Sepang. Bagaimanapun, jika ada perubahan, pihak JK akan memaklumkan kepada semua ahli keluarga.

LAMAN BLOG RASMI

Majlis juga dimaklumkan bahawa laman blog ini akan dijadikan ruang untuk sanak-saudara berhubung secara interaktif. Semua maklumat dan perkembangan terbaru/terkini akan dimuatkan didalam blog ini.

SUMBANGAN UNTUK HARI KELUARGA

Majlis juga bersetuju supaya setiap Keluarga akan menyumbangkan sebanyak RM10.00 untuk setiap ahli keluarga. Bayaran ini bolehlah dikumpulkan mulai sekarang dan diserahkan kepada Bendahari Urusetia Hari Keluarga, apabila sampai waktunya nanti. Bagaimanapun, jika ada ahli yang ingin menyumbang lebih dari jumlah yang ditetapkan, ianya amat dialu-alukan.

KEMASKINI MAKLUMAT KELUARGA

Kepada wakil keluarga, terima kasih kerana maklumat yang dimajukan dan telah pun dipaparkan didalam blog rasmi kita. Bagaimanapun, sebahagian maklumat yang kita terima tidak berapa lengkap. Oleh itu, kepada wakil keluarga, harap dapat menghantar maklumat kepada kita supaya dapat dipaparkan. Antara maklumat yang diperlukan ialah Nama Penuh/Tarikh Lahir/Alamat.

Semua maklumbalas bolehlah terus dihantar kepada saya via email saya atau terus kepada Blogmaster kita.

noradabirosdi@gmail.com
Blogmaster: zaharismktd@gmail.com

Jumaat, 3 Julai 2009

PERHATIAN, KEPADA SANAK-SAUDARA SEMUA

Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, bahawa PERBINCANGAN/MESYUARAT BERKAITAN PERJUMPAAN/HARI KELUARGA HJ HUSSIN-SARAH.

Sebagiamana yang dicadangkan

  • Tarikh: 12 Julai 2009
  • Hari: Ahad
  • Masa: 10.00 pagi
  • Tempat: Kediaman Norhaslilawani Kasim (Anak Almarhum Ayahanda Kasim)
  • Alamat: No 81, Kampung Labu Lanjut, Sepang, Selangor.

Aturacara pertemuan

  • 10.00 pagi - Pusara Almarhum Ayahanda Kasim
  • 12.00 tengahhari - Berkumpul di rumah Norhaslilawani untuk Majlis Tahlil, Makan Tengahari, Solat Zuhur.
  • 2.00 petang - Perbincangan/Mesyuarat.

Oleh hal yang demikian, sukacitalah semua ketua-ketua/wakil-wakil keluarga serta semua sanak-saudara dijemput hadir kemajlis yang dinyatakan diatas.

Sebarang maklumbalas, sila hubungi saya di Talian +6019-303 3501 (suara/misis). Hingga jumpa lagi.

KELUARGAKU, KESAYANGANKU.

Salam hormat dan ikhlas dari,

NOR ADABI BIN ROSDI,

noradabirosdi@gmail.com

Rabu, 1 Julai 2009

Hari Keluarga Haji Hussin n Hajah Sarah 2003

Foto yang dipaparkan adalah kenangan waktu kita bersama didalam PERJUMPAAN KELUARGA, pada 15-02-2003 di Kg Sg Kandis, Klang, Selangor.

Sg Kandis dipilih kerana disitulah bermulanya Embah Hj Hussin bersama Embah Sarah "memulakan pembinaan" KELUARGA HJ HUSSIN.

Lepas tu, kita pun entah kemana-manalah mencipta kehidupan masing-masing, ada yang ke Melaka, ke Johor, ke Selangor (tapi berlainan kampung, ada Kg Sg Buaya, Seri Cheeding, Labohan Dagang, Labu Lanjut, Gedangsa, Kapar, Jeram, Sementa, Batu Enam Jalan Kebun, Kalumpang, Bangi dan maaf kalau saya tak sebut nama kampung/tempat). .


Catatan Nostalgik:

Ketika menatap foto ini,
waktu itu kita masih muda,
remaja sekarang kanak-kanak dahulu,
6 tahun memisahkan kita,
dari suasana yang amat indah waktu itu,
dan mungkinkah keindahan itu akan berkekalan?,

Syahdu mengenang waktu dulu-dulu,
ada yang sudah tiada ketika ini,
pergi untuk selama-lamanya,
cuma restu mengiring roh mereka,
kekal bersama para solihin, amin.

Nor Adabi bin Rosdi.

Sila Klik pada gambar untuk besarkan



























PENGERUSI MENULIS….

1. Terimakasih khas untuk blogmaster, Adinda Zahari Rusdi yang bergitu pro-aktif, mengaktifkan laman blog kita ini dengan maklumat-maklumat yang interaktif. Teruskan dan saya percaya,laman blog kita nanti akan menjadi contoh dan ikutan pengunjung-pengunjung alam maya. Kita gunakan sepenuhnya kemudahan global ini untuk merapatkan lagi silaturrahim. Mr Blogmaster, you have done very good job, teruskan dan teruskan.

2. Aktifnya laman kita ini tidak akan produktif kalau kita tidak turut sama mengaktifkannya. Kita kenalah mengunjunginya setiap hari, bukannya lama sangat, antara 5 ke 10 minit sehari. Kita manfaatkan sepenuhnya laman blog ini, kita beruntung mendapat blogmaster yang RAJIN, percayalah, maklumat yang diforwardkan akan terus di upload secepat mungkin. Pendek cerita, pagi-pagi, tugas utama sebelum tugas rasmi, kunjungilah dulu laman blog kita ini. Dari sehari kesehari, ruangnya semakin meriah, maklumat yang tercatat didalamnya semakin berfaedah untuk kita ketahui.

3. JANGAN MERASA KEBERATAN, untuk memaklumkan kepada semua, tak kiralah siapa, adik-beradik ke, kawan-kawan ke, mengenai kewujudan laman kita ini. Ajaklah mereka berkunjung kelaman kita ini.

4. Saya juga ingin menarik perhatian sanak-saudara, perbincangan/mesyuarat berkaitan PERJUMPAAN KELUARGA, akan diadakan secepat mungkin. Harap bersabar kerana saya sedang mengaturkan tarikh yang sesuai. Perbincangan tersebut pasti kita adakan.

5. Saya juga sedang menjalankan usaha untuk mengimbas/scan foto kenangan ketika PERJUMPAAN KELUARGA 2003, yang kita adakan pada 2003 lalu, dah enam tahun berlalu. Sepatutnya perjumpaan keluarga kita ni diadakan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali, kalau tak setiap tahun. Foto berkenaan sedang dalam proses imbasan, Insya-Allah, ia akan dipaparkan di laman blog kita ini. TUNGGGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU……………………………….

6. Saya akan menulis jika ada maklumat atau sesuatu yang ingin disampaikan.Tak kiralah, pagi ke, malam ke, petang ke…. Dan anda juga buatlah macam saya, tulislah berita apa-apalah, macam kita ni berborak-borak, alah, takkanlah nak ajar…..

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada ahli keluarga kita yang dilahirkan pada JULAI.

Hingga jumpa lagi.

KELUARGAKU, KESAYANGANKU.
Salam hormat dan ikhlas dari,
NOR ADABI BIN ROSDI,
noradabirosdi@gmail.com